fbpx

[VIDEO] ‘Semoga Sky, Abang Ridz tabah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mendoakan Ridzuan dan anaknya, Sky diberikan ketabahan atas pemergian Akiko.

PETALING JAYA – Orang ramai sayu dan sebak melihat keadaan Sky pada majlis pengebumian ibunya, Akiko Okumura iaitu isteri usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura.

Sky atau nama sebenarnya Sky Taizo Okumura merupakan anak tunggal pasangan tersebut sering muncul dalam video Ridzuan terutama pada bulan Ramadan.

Gelagat Sky yang mencuit hati tatkala bersahur dan berbuka puasa sambil menikmati menu masakan ibunya sering ditunggu-tunggu pengikut media sosial Ridzuan.

Bagaimanapun, hari ini pengguna media sosial sebak apabila melihat Sky bersedih atas kehilangan ibunya, Akiko yang meninggal dunia semalam.

Malah, ramai yang mengambil berat situasi dihadapi oleh Sky lebih-lebih lagi umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok.

“Pagi nanti kita dah sahur, macam mana Sky. Mesti dia tak ada selera makan. Ya Allah, beri lah kekuatan kepada Sky dan Abg Ridz,” komen Intan pada TikTok.

“Satu Malaysia tahu Sky sangat rapat dengan ibunya. Sky hanya makan masakan ibunya. Sekarang ibunya dah kembali kepada Pencipta. Semoga Sky dan Ridz tabah dan kuat. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul,” kata Cik Sha.

“Untuk menjadi kuat memang susah, tetapi Sky kena reda permergian ibunya. Tiga bulan awal memang susah. Siapa yang pernah kehilangan sahaja faham perasaan tu,” ujar iiFaH Amir.

Semalam Kosmo! melaporkan, isteri usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura meninggal dunia.

Berita mengenai kematian wanita itu dimaklumkan sendiri oleh Ridzuan melalui satu hantaran di Instagramnya. – KOSMO! ONLINE

@hanimfariza3 @Ridzokumura ♬ Bila Tiba – UNGU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI