fbpx

Solat tarawih, Fasha Sandha puasa sehari awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya memuji perubahan positif Fasha, selain mendoakan agar dirinya terus istiqamah.

PETALING JAYA – Pelakon Fasha Sandha memulakan ibadah puasa sehari lebih awal berbanding muslimin di Malaysia kerana kini berada di Indonesia bersama suami dan anak-anak.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 40, memuat naik foto mengenakan telekung bersama keluarga kecilnya itu selepas menunaikan solat tarawih di Masjid Ar-Rahmat Kuta, Bali.

“Selesai terawih pertama kami. Kami berpuasa sehari lebih awal dari Malaysia kerana berada di Indonesia.

“Maaf zahir dan batin buat semua. Salam Ramadan,” tulisnya.

Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya memuji perubahan positif Fasha, selain mendoakan agar dirinya terus istiqamah.

“Wah seronoknya dapat pengalaman terawih dekat tempat orang. Fasha nampak semakin tenang dan berseri-seri. Semoga terus istiqamah,” tulis seorang peminat.

“Indahnya Ramadan kali ini untuk Fasha. Dia pun semakin menutup aurat. Doakan kami juga dapat berubah ke arah lebih baik,” komen seorang lagi netizen.

Sebelum ini, perkongsian ibu kepada tiga anak itu memakai hijab sejak 31 Disember tahun lalu menarik perhatian ramai peminat.

Biarpun bukan pertama kali berbuat demikian, ramai yang menebak dirinya sudah memilih untuk tampil bertudung sepenuhnya.

Bagaimanapun, Fasha yang mesra dengan panggilan Girl dalam kalangan teman media memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perubahannya itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI