WASHINGTON – Siling sebuah pawagam runtuh ketika sepasang kekasih menonton filem Captain America: Brave New World dalam kejadian di Wenatchee, Washington, lapor portal saluran berita NBC kelmarin.
Menurut pemilik pawagam itu, Sun Basin Theatres, dua penonton tersebut tidak cedera, namun tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku.
Ketua Bomba Lembah Wenatchee, Cam Phillips berkata, mangsa mendengar bunyi retakan sebelum sebahagian siling pawagam runtuh.
“Dia (si lelaki) berjalan ke arah skrin dan semasa mendongak, dia berkata, lari!” ujar Phillips.
Menurutnya, teman wanita lelaki tersebut tidak sempat melarikan diri, manakala siling itu jatuh di sekelilingnya.
“Kami (bomba) benar-benar bernasib baik kerana kemalangan ini tidak berlaku pada malam Jumaat atau Sabtu apabila teater penuh,” kata Phillips. – AGENSI