SEOUL – Polis Korea Selatan sedang memburu seorang wanita warga Jepun yang didakwa ‘mencium’ pipi ahli kumpulan K-Pop, BTS tanpa kebenaran, lapor akhbar The Independent semalam.
Kejadian berlaku di Seoul apabila Jin, 22, mengadakan acara ‘Meet & Greet’ bersama 1,000 peminatnya pada 13 Jun tahun lalu.
Acara itu diadakan selepas dia menamatkan kerahan tenaga selama 18 bulan.
“Wanita itu mencium pipi Jin menyebabkan ahli BTS itu terkejut dan memalingkan mukanya,” kata polis.
“Kulitnya (Jin) sangat lembut,” demikian menurut catatan blog yang disiarkan wanita itu.
Polis tempatan berkata, wanita yang berusia dalam lingkungan 50-an itu akan dipanggil untuk memberikan keterangan kerana melakukan gangguan seksual di tempat awam. – AGENSI