fbpx

Menunggu menu viral Khairul Aming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RESIPI istimewa Khairul Aming sentiasa dinanti-nantikan sepanjang Ramadan setiap tahun.

SETIAP kali tiba bulan Ramadan, figura ini paling dinanti-nantikan. Siapa lagi kalau bukan Khairul Aming.

Terkenal dengan ‘tagline’ hey what’s up guys, Khairul Aming kembali dengan pelbagai resipi istimewa untuk berbuka puasa.

Menariknya, tahun ini bukan 30 juadah tetapi 60 menu buka puasa bakal disediakan untuk peminat setianya.

Tahun ini juga, dia akan membuat siaran langsung setiap hari dari bazar Ramadan bagi berkongsi juadah menarik yang dijual peniaga tempatan.

Rata-rata netizen tidak sabar dan teruja mahu melihat perkongsian resipi Khairul Aming.

“Khairul Aming dah kembali! Tak sabar nak tiru menu pencuci mulut, setiap tahun tak pernah ketinggalan.

“Selain Azan, suara Khairul Aming antara yang paling dinanti-nantikan setiap kali Ramadan. Cepat kongsi resipi menarik!” seloroh netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI