fbpx

Lasak, Ayda Jebat masuk wad kena ‘slip disc’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYDA Jebat terpaksa bermalam di dalam wad hospital selepas diserang 'slip disc'.

PETALING JAYA – Pelakon juga penyanyi Ayda Jebat terpaksa melupakan seketika untuk terus lincah di atas pentas selepas disahkan didiagnos mengalami  masalah tulang rawan tergelincir atau slip disc.

Menurut Ayda atau Nur Suhada Jebat, 34, dia kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta selepas dimaklumkan mempunyai mild slipped disc.

“Rehat sebentar bersama slip disc. Baru tahu ada mild slipped disc dan saya janji berehat daripada melakukan aktiviti lasak sekejap.

“Teruskan doa biar cepat sihat! 

“Buat yang pernah ada posterior disc, tolong kongsi tips untuk cepat sembuh,” katanya dalam hantaran Instagram.

Dalam masa sama, pelantun lagu Nakal Nakal Nakal itu berterima kasih kepada semua yang mendoakan agar dirinya segera sembuh. 

“Terima kasih semua mendoakan, termasuk yang mesej, dan bertanya khabar. Tak sangka ramai sayang! 

“Saya akan ingat sampai bila-bila, sayang kalian semua,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya meninggalkan banyak pesanan berbaur nasihat termasuklah pereka fesyen terkenal, Melinda Looi.

“Semoga cepat sembuh, jangan banyak melakukan aksi merbahaya, wanta mudah tercedera, saya pun pernah mengalami masalah sama ketika cuba jadi hero angkat kotak yang berat,” kata Melinda.

Menerusi hantaran berbeza, dia yang setia ditemani suami tercinta, Nabil Mahir turut menjalani rawatan fisioterapi bagi membantu merawat masalah tulang belakang. 

Sempat berseloroh, Ayda masih cuba membuat aksi berjoget-joget ketika bangun dari kerusi roda hendak ke katil sambil dibantu oleh suaminya, Nabil Mahir.

Seketika kemudian dia mengerutkan wajah menahan kesakitan yang menyerang bahagian belakang pinggangnya. 

“Si budal nakal tak boleh duduk diam ‘mengelitat’ (menggeliat) saja kerjanya,” tulis Ayda yang mengundang banyak komen memintanya jangan terlalu memaksa diri agar kondisinya tidak bertambah buruk. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI