PETALING JAYA – Aplikasi mengalami aliran trafik yang tinggi ketika ini selepas pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ‘berkampung’ bagi melihat jumlah dividen yang diterima mereka.
Ini kerana pada pagi tadi, KWSP telah mengumukan kadar dividen 2024 iaitu sebanyak 6.3 peratus peratus untuk kedua-dua Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional.
Tinjauan Kosmo! sebentar tadi di aplikasi itu juga mendapati, pengguna terpaksa menunggu giliran bagi menyemak agihan dividen dalam akaun masing-masing.
“Anda kini berada dalam giliran. Kami sedang mengalami trafik yang tinggi buat masa ini, sila tunggu sebentar,” maklum aplikasi itu.
Aplikasi itu juga turut menyatakan tempoh menunggu dan masa yang boleh diakses pencarum untuk membuka akaun masing-masing.
“Pastikan anda tidak menutup atau ‘refresh’ halaman ini,” katanya.
Sementara itu, tinjauan di laman web KWSP juga mendapati keadaan sama turut berlaku apabila pencarum terpaksa menunggu giliran sebelum dapat mengakses akaun masing-masing. – KOSMO! ONLINE