fbpx

KWSP umum dividen 6.3 peratus untuk Simpanan Shariah, Konvensional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dividen KWSP

SUNGAI BULOH – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi, iaitu sebanyak 6.3 peratus untuk kedua-dua Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, jumlah agihan bagi Simpanan Shariah melibatkan RM 10.19 bilion, dan RM63.05 billion bagi Simpanan Konvensional.

“Keseluruhan jumlah agihan pendapatan untuk tahun 2024 adalah RM73.24 bilion,” katanya pada Taklimat Prestasi Kewangan KWSP di Menara KWSP, Kwasa Damansara, di sini hari ini.

Bagi tahun 2023, KWSP memberikan dividen 5.4 peratus untuk Simpanan Shariah dan 5.5 peratus bagi Simpanan Konvensional, melibatkan jumlah agihan keseluruhan RM57.81 bilion.

Kadar dividen tertinggi pernah diberikan KWSP adalah 8.5 peratus, dari tahun 1983 hingga 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI