fbpx

Kerajaan perhalusi mekanisme kawal campur beras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kaedah dan mekanisme terbaik untuk mengawal percampuran Beras Putih Tempatan (BPT) dan Beras Putih Import (BPI) melalui perundangan akan diperhalusi oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi menyelesaikan isu berkaitan beras di negara ini.

KPKM dalam kenyataannya, menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara (JKKMN) pada 17 Disember dan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Disember lalu, kementerian tersebut telah diarahkan untuk memperhalusi mekanisme berkenaan.

Selain itu, KPKM juga diminta merangka simulasi cadangan penetapan harga yang bersesuaian bagi kategori beras campuran secara komprehensif untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

“Untuk makluman, mekanisme bagi mengawal percampuran turut mendapat sokongan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sebagai usaha penyelesaian jangka
panjang,” menurut kenyataan itu hari ini.

KPKM mendapati Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] serta perundangan subsidiari di bawahnya, tiada peruntukan jelas mengenai pendakwaan kesalahan percampuran beras di mahkamah.

“Hasil kajian umum MyCC dibentangkan dalam Mesyuarat JKKMN mendapati pencampuran BPT dan BPI bukanlah amalan baharu, sebaliknya telah berlaku sejak tahun 1970-an dan tiada sebarang usaha dijalankan sejak 50 tahun lalu untuk mengawal aktiviti ini.

“Mengambil kira pandangan pesawah, pengguna dan industri, Kerajaan Madani mengambil tanggungjawab untuk mengawal amalan ini,” menurut kenyataan itu lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI