fbpx

Jemaah umrah pakai bunga matahari atas kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan jemaah wanita mengenakan telekung dengan bunga matahari palsu di atas kepala. - TikTok

MEKAH – Sekumpulan jemaah Indonesia mengundang perhatian ramai kerana memakai telekung bersama bunga di atas kepala secara beramai-ramai ketika menunaikan ibadah umrah di kota suci Mekah, lapor portal berita Abatanews semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @infodepok memaparkan jemaah wanita itu sedang berjalan sambil berzikir, menyertai jemaah dari negara-negara  lain.

Lebih menarik, kesemua wanita tersebut memakai warna dan corak telekung yang sama.

Bukan itu sahaja, mereka juga meletakkan bunga matahari palsu di atas kepala. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 5.2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Bagus! Biar tiada jemaah yang sesat dan mudah untuk dicari,” kata seorang netizen. 

“Perangai unik dan pelik mesti dari Indonesia,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI