fbpx

Indonesia, negara Arab puasa hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UMAT Islam mengerjakan solat Tarawih di Masjid Al-Aqsa pada malam Jumaat lalu. - Foto AFP

RIYADH – Umat Islam di Arab Saudi dan kebanyakan negara Asia Barat lain mula berpuasa pada hari ini, namun bagi rakyat Iran dan Iraq yang majoriti bermazhab Syiah, Ramadan akan bermula esok. 

Bulan suci itu di mana ratusan juta umat Islam di seluruh dunia mengerjakan ibadah puasa pada siang hari itu bermula dengan melihat anak bulan Ramadan. 

Arab Saudi yang mempunyai dua masjid paling suci dan negara-negara Arab lain mengisytiharkan ibadah puasa bermula hari ini selepas anak bulan Ramadan kelihatan.

“Mahkamah Agung (Arab Saudi)  memutuskan bahawa esok (hari ini) adalah hari pertama bulan (Ramadan),” demikian menurut agensi berita rasmi, Saudi Press Agency (SPA) di Riyadh

Rakyat Algeria, Mesir, Jordan, Libya, wilayah Palestin, Sudan dan Tunisia juga mula berpuasa hari ini.

Pejabat pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan ulama Syiah terkemuka Iraq, Ayatollah Ali al-Sistani bagaimanapun mengisytiharkan Ahad sebagai hari pertama Ramadan.

Hanya Maghribi  yang terletak di pinggir dunia Arab yang majoriti penduduknya  beraliran sunni. Ramadan  akan bermula esok, kata kementerian hal ehwal Islamnya. 

Sementara itu, di Lebanon, mufti besarnya  mengumumkan hari ini sebagai hari pertama Ramadan untuk penduduk beraliran Sunni, lapor media kerajaan.

Dalam pada itu, Indonesia turut berpuasa hari ini, manakala Singapura, Thailand dan Kemboja menjalani ibadah puasa mulai esok.

Puasa pada bulan Ramadan adalah salah satu daripada lima rukun Islam yang mewajibkan penganutnya menahan diri daripada makan, minum, merokok dan melakukan hubungan seks pada waktu siang. 

Umat ​​Islam juga digalakkan untuk menderma kepada golongan fakir miskin. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI