fbpx

Import baharu tambah keyakinan JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CASTILLEJO menjadi pemain import baharu yang bakal memperkuatkan JDT untuk aksi ACLE. - FB JOHOR SOUTHERN TIGER

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio percaya pemain-pemain import baharu yang dibawa masuk pemangkin kepada impian kelab untuk melangkah jauh dalam saingan Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) musim ini.

Pengalaman luas Jonathan Viera, Alvaro Gonzalez dan Anselmo Moraes dalam kancah bola sepak Eropah amat ditagih Bidoglio bagi memperkuatkan skuad Harimau Selatan dari setiap aspek sekali gus menjadi lebih digeruni pihak lawan.

Kehadiran muka baharu ini meningkatkan keyakinan pengendali kelahiran Argentina itu untuk menewaskan kelab Thailand, Buriram United dalam saingan 16 terbaik ACLE seterusnya melangkah ke pusingan suku ahhir kejohanan terbesar itu.

“Mereka ini adalah pemain yang cukup bagus dan profesional, dalam masa yang pendek sahaja mereka sudah dapat mengikut rentak gaya permainan JDT dan membentuk keserasian dengan rakan sepasukan yang lain.

“Kami mempunyai skuad yang baik dan kehadiran mereka ini menambah lagi bisa Harimau Selatan. Peranan mereka ini amat penting untuk kami yang bercita-cita besar untuk melangkah jauh, malah memberi pilihan pemain untuk diturunkan beraksi,” katanya.

JDT turut mendapatkan khidmat bekas pemain kelab Sepannyol, Sporting Gijon, Roque Mesa namun dia terpaksa diketepikan bagi tempoh yang panjang setelah mengalami kecederaan ligamen.

Semalam, kelab bola sepak milik Tunku Mahkota Ismail itu turut memperkenalkan seorang lagi pemain import baharu yang pernah beraksi di Serie A dan La Liga, Samu Castillejo menyertai JDT

Bidoglio berkata, JDT mempunyai masa yang mencukupi bagi membuat persiapan menjelang perlawanan pertama pusingan 16 menentang Buriram United di Stadium Buriram pada Selasa ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI