fbpx

Iman Troye, Aliff Syukri berpakat tipu satu Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMAN Troye dan Aliff kini rancak mempromosikan lahu raya duet mereka.

BERMULA dengan drama pergaduhan dalam media sosial sehingga meleret dengan laporan polis, rupa-rupanya satu Malaysia kena ‘kencing’.

Itu gimik yang dilakukan penyanyi Iman Troye dan usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri sebelum melancarkan lagu raya berjudul Raya Ya Ya baru-baru ini.

Meski pun pada awalnya ramai meluat, namun ada juga netizen memuji lagu tersebut yang dikatakan mudah ‘melekat’ dalam fikiran.

Malah, mereka juga terhibur dengan perangai Aliff dan Iman yang dikatakan seperti buku bertemu ruas.

“Mula-mula menyampah tengok drama Aliff dengan Iman tapi lama-kelamaan terhibur pula. Setiap kali nak raya, Aliff mesti buat hal.

“Ingatkan nak bergaduh di balai polis tempoh hari, rupa-rupanya satu Malaysia kena tipu.” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI