fbpx

GP Thailand: Quartararo enggan terlalu optimis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO sedar perlumbaan GP Thailand yang akan berlangsung esok adalah penentu tahap kemajuan yang telah dicapai Yamaha. - AFP

BURIRAM – Pelumba Yamaha, Fabio Quartararo optimis pasukannya mampu memulakan musim Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2025 dengan lebih baik berbanding tahun lalu menjelang perlumbaan pembuka tirai di Grand Prix Thailand esok.

Selepas melalui musim 2024 yang mengecewakan tanpa sebarang podium, prestasi terbaik Yamaha tahun lalu hanyalah tempat keenam di GP Malaysia menerusi Quartararo dan mula menunjukkan peningkatan biarpun agak perlahan.

Ia hasil daripada pembaharuan yang dibawa oleh Max Bartolini selaku pengarah teknikal pasukan itu yang mula membuahkan hasil positif dan momentum itu turut diteruskan ke sesi ujian pramusim tahun ini apabila Yamaha tampil lebih kompetitif di Sepang dan Buriram.

Bagaimanapun, Quartararo mengambil pendekatan lebih realistik dengan menyedari bahawa ujian pramusim bukan penanda aras sebenar prestasi keseluruhan pasukan.

“Ujian berjalan baik, tetapi kini masa untuk berlumba secara serius. Inilah saat paling menyeronokkan, melihat di mana sebenarnya kami berada. Ujian hanya simulasi, jadi kami belum tahu gambaran sebenar.

“Tahun lepas saya hanya ke-11 dan ke-14 sewaktu ujian, kali ini saya ketiga dan kelapan. Itu petanda kami bermula lebih kukuh, tetapi bagaimana kami menamatkan musim, itu lebih penting,” tambahnya.

Menariknya, meskipun prestasi keseluruhan lebih baik, Quartararo mendedahkan dia bergelut dengan masalah cengkaman tayar hadapan sepanjang sesi ujian di Buriram iaitu isu yang tidak pernah dialaminya sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN