fbpx

GP Thailand: Bezzecchi kekal merendah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEZZECCHI

BURIRAM – Pelumba baharu Aprilia Racing, Marco Bezzecchi tampil merendah diri meskipun berjaya mencuri tumpuan dengan kepantasan mengagumkan dalam simulasi perlumbaan pecut sewaktu sesi ujian pramusim Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Buriram, Thailand.

Bezzecchi yang kini mengisi tempat bersama pasukan utama Aprilia bakal membuat penampilan sulung pada perlumbaan pembuka tirai musim ini esok, sekali gus menandakan era baharu buat bekas pelumba VR46 Racing.

Selepas tiga tahun bersama jentera Ducati, Bezzecchi memikul tugas besar di Aprilia untuk mencari penamat terbaik pada aksi sulung selepas rakan gandingannya, Jorge Martin yang juga juara dunia musim lalu masih belum pulih daripada masalah kecederaan.

Prestasi Bezzecchi di Thailand bukan sahaja mengejutkan ramai pihak, malah dia dilihat sebagai pencabar podium yang berpotensi dalam perlumbaan di litar sama nanti, namun pelumba Itali itu enggan terbawa-bawa dengan keputusan positif tersebut.

“Simulasi sprint memang berjalan lancar, tetapi kita semua tahu keadaan litar semasa ujian adalah yang terbaik. Bila tiba hujung minggu perlumbaan sebenar, keadaannya pasti berbeza,” katanya.

Bezzecchi bagaimanapun tetap positif dengan prestasi awal bersama Aprilia, sambil mengakui semakin memahami cara terbaik menguruskan tayar, iaitu sesuatu yang amat penting dalam perlumbaan jarak pendek seperti sprint race.

“Saya gembira kerana akhirnya saya boleh beri input tentang apa yang saya mahu pada motosikal. Tapi dalam masa sama, ia tanggungjawab besar, jadi saya perlu jujur dalam setiap maklum balas saya kepada pasukan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI