fbpx

Baru nak puasa esok, daging lembu dah licin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai membeli daging sebagai persediaan menyambut bulan puasa bermula esok di Jalan Hutan Kampung di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Gerai-gerai menjual daging lembu tempatan segar di tepi Jalan Hutan Kampung, di sini dikunjungi orang ramai yang mahu membuat persediaan sempena Ramadan yang bermula esok.

Tinjauan mendapati orang ramai mula memenuhi gerai itu seawal pukul 7 pagi tadi dengan daging dijual pada harga antara RM30 hingga RM33 sekilogram.

Menurut suri rumah, Bariah Sulaiman, 55, dia sudah membuat persiapan sejak semalam dengan membeli barang basah di pasar-pasar.

“Hari ini saya datang ke Jalan Hutan Kampung ini untuk beli daging lembu tempatan segar, bila datang awal ini harap dapat bahagian daging yang elok.

“Seorang anak saya yang bekerja di Pulau Pinang ada balik sambut puasa, jadi daging ini saya cadang nak masak hitam untuk berbuka esok,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi suri rumah, Norashikin Mohd. Zaki, 51, dia membeli dua kilogram (kg) daging lembu dan biasanya akan memasak gulai atau bakar.

“Selepas ini saya nak singgah kedai lain lagi untuk beli barang basah seperti ikan dan makanan laut lain,” ujarnya.

Sementara itu, peniaga, Muhammad Niswan Harris Azmi berkata, jualan daging lembu dan bahagian lain seperti tulang dan hati semakin rancak sejak tiga hari lalu yang mana rata-rata pelanggan mahu membuat persiapan untuk Ramadan.

“Biasanya jualan untuk sehari adalah daripada seekor hingga dua ekor lembu sahaja, namun beberapa hari menjelang Ramadan ini, sebanyak tiga ekor lembu disembelih untuk dijual di gerai ini,” katanya.

Tambahnya, rata-rata pelanggan membeli antara dua hingga empat kg daging untuk dimasak bagi juadah berbuka puasa atau bersahur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI