fbpx

Gagal pujuk isteri, suami buang Porsche dalam tong roro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENDERAAN Porsche yang dibuang ke dalam tong sampah besar. - Foto RT_com/X

MOSCOW  – Seorang lelaki Russia membuang kenderaan mewah jenis Porsche Macan ke dalam tong sampah besar selepas isterinya menolak pemberian hadiah tersebut pada 14 Februari lalu,  lapor portal berita Oy!OYEYEAH semalam. 

Lelaki itu dilaporkan cuba membaiki rumah tangga bermasalah dengan isterinya.

Dia membeli Porsche rosak itu pada harga kira-kira 3 juta rubel (RM150,000) dengan niat membaik pulihnya sebagai isyarat untuk membaiki hubungan dengan isterinya.

Namun, isterinya melihat pemberian itu sebagai penghinaan dan menolaknya mentah-mentah.

Kecewa dengan reaksi si isteri, lelaki itu membuang Porsche tersebut yang masih mempunyai riben berwarna merah.

Kenderaan yang telah dibuang ke dalam tong sampah besar itu menjadi tarikan pelancong.

Ramai mempersoalkan bagaimana kenderaan itu diletakkan ke dalam tong sampah besar.

Pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi dengan ada antara mereka bersimpati dengan nasib lelaki itu, manakala sebilangan yang lain mengkritik kedua-dua pihak. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI