fbpx

Dataran Merdeka ke Carcosa dijadikan Tapak Warisan Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada majlis tersebut di Shah Alam. FOTO: SYAKIR RADIN/KOSMO!

SHAH ALAM – Seluruh kawasan Dataran Merdeka sehingga Carcosa akan dijadikan sebagai tapak Warisan Kuala Lumpur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, barisan jemaah menteri telah meminta penerangan daripada Khazanah Nasional Berhad dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pagi tadi.

“(Penerangan itu) bagi seluruh kawasan Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad, Keretapi Tanah Melayu sampai Carcosa untuk dijadikan seluruhnya Kuala Lumpur Heritage.
(Tapak Warisan Kuala Lumpur)

“Tadi, sembah kepada Tuanku Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda warisan Kesultanan Melayu yang agung.

“Tetapi, sebagai satu negara berbagai kaum, kita kena pastikan ada kawasan-kawasan di mana dikembangkan, dihidupkan penyertaan budaya Cina, India, Iban Kadazan bersama-sama,” katanya ketika berucap merasmikan Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Keadilan Selangor, malam ini.

Beliau turut menjelaskan khazanah akan memperuntukkan RM1 bilion bagi tujuan tersebut.

“Tetapi perlu ingat, pertama kali dalam sejarah sepanjang tahun bermula dengan angka RM1 bilion awalnya Khazanah, kita kekalkan satu Warisan Kuala Lumpur,” katanya.

Justeru, Anwar menemplak Perikatan Nasional (PN) yang tidak melakukannya semasa berkuasa sebelum ini.

“Ada difikirkan PN, tidak. Jangan sembang, mengebang soal Melayu, Melayu, Melayu.. Kamu hanya hasut Melayu untuk kuasa. Bila ada kuasa, kamu bukan fikir soal Melayu (sebaliknya) fikir bina kekayaan kamu sahaja,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI