KLANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun berdepan detik cemas tersangkut lebih 15 minit dalam tempayan di bilik air rumahnya di Pangsapuri Saujana Damai di sini malam ini.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Selatan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 7.30 malam.
“Pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu tersangkut dalam sebuah tempayan ketika sedang mandi. Operasi dijalankan bagi menyelamatkan mangsa. Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dalam tempoh tujuh minit,” katanya. – KOSMO! ONLINE