PETALING JAYA – Rata-rata pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kecewa apabila dividen yang diumumkan pada hari ini sebahagian besarnya diagihkan kepada Akaun 1 dan Akaun 2.
Ini kerana kebanyakan mereka mengharapkan agar dividen tersebut disalurkan lebih banyak ke dalam Akaun Fleksibel atau Akaun 3 supaya pengeluaran dapat dibuat pada bila-bila masa.
Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata pencarum berkongsi jumlah amaun yang dimasukkan dalam Akaun 3 itu tidak sampai ratusan ringgit, malah ada yang memaklumkan dividen tidak sampai RM10.
“Dividen dah masuk tapi tak masuk Akaun 3 ya tuan puan. Hanya masuk Akaun 1 dan 2 sahaja. Itulah orang jangan suruh beria sangat haritu, kan dah hampa dengan harapan sendiri,”tulis Cyrstal Daniella.
“Akaun 3 masuk RM8, banyak tu, salah kira ker mcm mana?,”soal Shahrul Yob.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai
“Akaun 3 aku dapat Rm4, dapat lah beli kuih tepung pelita esok,”selorohnya.
Bagaimanapun, ada pengguna mendakwa kebanyakan mereka yang mendapat dividen sedikit pada Akaun 3 kerana baki dalam akaun tersebut tidak banyak.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, KWSP mengumumkan kadar dividen 2024 sebanyak 6.3 peratus iaitu lebih tinggu untuk kedua-dua Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional berbanding tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, jumlah agihan bagi Simpanan Shariah melibatkan RM 10.19 bilion, dan RM63.05 billion bagi Simpanan Konvensional. – KOSMO! ONLINE