fbpx

3 jelitawan ‘peruntuh’ cinta Raja Tari Bollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETIKA masih bergelar suami kepada Susanne Khan, ini tiga jelitawan yang dikaitkan ada hubungan intim dengan Hrithik Roshan.

WAJAH tampan dan tubuh sasanya pantas mencairkan hati wanita. Diberi jolokan ‘Greek God’, Hrithik Roshan menjadi kegilaan wanita sejak memulakan debut pada 2000 menerusi Kaho Naa Pyaar Hai. Ketika filem tersebut dilancarkan, Hrithik baru berkahwin dengan Susanne Khan membuatkan ramai wanita patah hati. Namun perkara itu tidak menghalang anak kepada Rakesh Roshan itu menjadi idola.

Sayangnya, perkahwinan yang selama 13 tahun bersama Susanne runtuh di pertengahan jalan. Mereka sah bercerai pada tahun 2014. Perceraian mereka dikatakan antara perceraian termahal di Bollywood memandangkan Hrithik telah membayar sejumlah wang yang besar kepada Susanne.

Sering kali dilihat sebagai pasangan sama cantik sama padan. Dikurniakan pula dua anak lelaki yang comel, tetapi dalam diam Hrithik rupa-rupanya pernah pernah menjalin hubungan sulit dengan beberapa aktres jelita. Malah ada antara heroin gandingannya dikatakan punca keberantakan hidup bersama Susanne. Minggu ini, HibGlam menyenaraikan tiga nama aktres jelita yang pernah dikaitkan menjalin hibungan cinta dengan Hrithik Roshan.

Kareena Kapoor

Kareena merupakan antara heroin Bollywood yang paling kerap digandingkan dengan Hrithik. Mereka sepatutnya memulakan debut bersama menerusi Kaho Naa Pyaar Hai sebelum Kareena menarik diri. Gandingan mereka berdua sentiasa menarik perhatian, antaranya menerusi Yaadein, Kabhie Kushi Kabhie Gham, Mujhse Dosti Karoge dan Mein Prem Ki Deewani Hoon.

Sewaktu menjalani penggambaran Mein Prem Ki Deewani Hoon, mereka dikatakan sedang hangat bercinta. Malah hubungan mereka diketahui oleh rakan baik Kareena ketika itu iaitu Rani Mukerji kerana mereka pernah terlibat sama dalam filem Mujhse Dosti Karoge. Selepas skandal mula dihidu ramai, Kareena tidak lagi bergandingan dengan Hrithik dalam mana-mana filem sehingga sekarang. Malah mereka tidak lagi kelihatan bersama dalam mana-mana acara.

Kangana Ranaut

Skandal percintaan Hrithik dan Kangana antara yang paling hebat diperkatakan di Bollywood. Hubungan mereka mendapat liputan meluas kerana berakhir dengan buruk. Hrithik mula mengenali Kangana sewaktu membintangi filem Kites. Namun ketika itu Hrithik lebih tertarik dengan heroinnya iaitu Barbara Mori. Dia dan Kangana rapat sewaktu terlibat dalam Krishh 3.
Mereka mesra sewaktu mempromosikan filem dalam rancangan hiburan, malah Kangana tanpa malu menyentuh dan bergurau secara berlebihan dengan Hrithik, seolah-olah sedang hangat bercinta.

Pada 2016, Hrithik mengambil tindakan undang-undang mendakwa Kangana menghendapnya secara siber dan menghantar beribu e-mel kepadanya setiap hari. Tidak berdiam diri, Kangana turut mengambil tindakan undang-undang mendakwa aktor itu sengaja mereka cerita demi mengaburi kecurangannya terhadap Susanne. Kini Hrithik bahagia menjalin hubungan cinta bersama penyanyi, Saba Azad. Biarpun hubungan Hrithik dan Saba tidak disukai ramai terutamanya para peminatnya, namun pasangan ini kelihatan sangat bahagia dan kerap bercuti bersama. Bekas isteri Hrithik juga dilihat sangat akrab dengan Saba.

Barbara Mori

BUKAN hanya jelitawan Bollywood yang berjaya menawan hati Hrithik, terapi jelitawan dari negara Mexico yang pernah popular dengan telenovela Rubi, Barbara Mori juga terjebak. Merupakan heroin Kites di sisi Hrithik. Mereka dikatakan menjalin hubungan sulit sewaktu menjalani penggambaran filem berkenaan di Amerika Syarikat.

Mereka sangat intim sewaktu penggambaran bahkan ketika promosi filem berkenaan. Malah sewaktu mempromosikan filem tersebut di Cannes, mereka kelihatan seperti pasangan kekasih. Barbara dikatakan cemburu dan cuba mengelak sewaktu Hrithik mahu memperkenalkannya dengan Aishwarya Rai ketika di Cannes. Hubungan Hrithik dan Barbara khabarnya telah sampai ke pengetahuan Susanne sehingga menyebabkan pertengkaraan besar dan menggugat rumah tangga mereka pada ketika itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI