fbpx

Suri rumah warga Jepun maut jatuh kondo di Subang Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita dipercayai warga Jepun ditemukan maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pasukan peronda dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan menerusi talian MERS 999, pada 8.07 pagi.

Keadaan mangsa di tempat kejadian.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati, mangsa adalah seorang wanita warga Jepun, berusia 50-an sudah meninggal dunia, dalam keadaan tertiarap di atas tanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa adalah suri rumah dan sudah menetap di Malaysia kira-kira 14 tahun lalu.

Katanya, siasatan awal pada tubuh mangsa dan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah membabitkan insiden itu.

“Kes disiasat di bawah laporan mati mengejut (SDR) dan bedah siasat akan dijalankan bagi menentukan punca kematian mangsa.

“Keluarga mangsa sudah dimaklumkan berkenaan kejadian itu dan surat pelepasan jasad sedang dibuat kemudian diserahkan kepada suami mangsa,” jelasnya.

Wan Azlan juga menggesa mereka yang mempunyai masalah kemurungan untuk mendapatkan bantuan seperti kaunseling. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI