fbpx

Warga emas maut basikal dilanggar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian selepas basikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta di Jalan Kampung Jawa di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang lelaki warga emas maut selepas basikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Axia di Jalan Kampung Jawa di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi menyaksikan mangsa Chan Ah Mooi,85, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kereta yang dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke arah Kampung Jawa terlanggar penunggang basikal yang tiba-tiba melintas jalan.

“Akibat kemalangan tersebut penunggang basikal telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati semasa kejadian permukaan jalan rata dan jalan basah dengan tahap pencahayaan adalah terang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI