fbpx

Penjawat awam pulang setengah jam awal sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Penjawat awam diberi pilihan untuk pulang setengah jam lebih awal daripada waktu bekerja sebenar sepanjang bulan Ramadan ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, arahan itu diputuskan menerusi peraturan waktu bekerja fleksi yang telah dimuktamadkan sebelum ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, penjawat awam boleh merujuk lanjut perkara itu dengan ketua bahagian masing-masing.

“Penjawat awam mereka boleh rujuk sama ada ketua bahagian mereka ataupun (ketua) jabatan, TKSU (Timbalan Ketua Setiausaha) ataupun KSU (Ketua Setiausaha) kementerian untuk penjelasan sekiranya mereka belum lagi mengisi borang tersebut ataupun memaklumkan pilihan mereka.

“Jadi, insya-Allah sepanjang bulan Ramadan bagi penjawat awam yang memilih waktu bekerja fleksi opsyen B mereka boleh balik 30 minit lebih awal. Tapi kerja mesti siap,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, penjawat awam boleh memilih untuk kekal dengan waktu bekerja sedia ada atau memendekkan waktu rehat selama 30 minit dan pulang ke rumah 30 minit lebih awal.

Maklumat lanjut mengenai waktu bekerja fleksi seperti yang termaktub dalam pekeliling perkhidmatan iaitu di https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2019/pp052019.pdf. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI