fbpx

Ramadan: Penjawat awam Perlis kerja separuh hari setiap Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Shukri (kiri) menyantuni pegawai Pejabat Tanah dan Galian selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Perlis di Kangar, hari ini.

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis memutuskan waktu bekerja bagi penjawat awam negeri ini pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan bermula pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bersidang pada 26 Februari lalu sebagai langkah menjaga kebajikan penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

“Kelonggaran ini diberikan bagi memberi ruang kepada penjawat awam untuk meningkatkan ibadah sepanjang bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini.

“Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Ramadan itu akan diperincikan melalui arahan lanjut yang akan dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dalam masa terdekat,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Perlis di Kompleks Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini hari ini.

Mohd. Shukri turut mengingatkan semua ketua jabatan bertanggungjawab memastikan urusan perkhidmatan, termasuk perkhidmatan kaunter berjalan lancar dan tidak terjejas.

Katanya, ketua jabatan juga perlu memaklumkan waktu perkhidmatan kaunter sepanjang Ramadan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pelanggan yang berurusan.

“Bagi kakitangan peringkat Jabatan Persekutuan pula, pelaksanaan WBF ini tertakluk kepada keputusan ketua jabatan masing-masing.

“Keistimewaan waktu bekerja separuh hari pada hari Jumaat ini diharap dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh penjawat awam untuk memperbanyakkan ibadah dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah. – KOSMO! ONLINE!

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI