fbpx

Peniaga kempunan jual mercun bulan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maizura (empat dari kanan) memeriksa sebahagian mercun dan bunga api yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Dungun hari ini.

DUNGUN – Hasrat seorang lelaki untuk mengaut keuntungan besar dengan menjual mercun dan bunga api tanpa kebenaran terbantut apabila diberkas dalam serbuan di sebuah rumah di daerah ini pada minggu lalu.

Serbuan pada pukul 1 tengah hari, 21 Februari lalu tersebut berjaya merampas 300 kotak mercun dan bunga api pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM7,000.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir, berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 43 tahun tidak memiliki lesen dan permit sah untuk menyimpan dan menjual mercun dan bunga api.

“Kesemua mercun dan bunga api terbabit dijumpai dalam stor rumah berkenaan.

“Siasatan percaya bekalan mercun dan bunga api termasuk jenis diharamkan di pasaran mahu dijual di sekitar daerah ini sewaktu bulan Ramadan dan Syawal tidak lama lagi,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di sini hari ini.

Maizura berkata, siasatan lanjut sedang dilakukan berhubung bekalan mercun dan bunga api yang diperolehi suspek terbabit.

Beliau berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI