PUCHONG – Seorang lelaki tempatan maut akibat digilis lori di Lebuh Raya Bukit Jalil dari Kinrara menghala IOI Puchong, di sini, pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian 8.59 pagi.
Katanya, seramai enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Menurut komander operasi, sebaik tiba di lokasi pasukan mendapati mangsa pejalan kaki berada dibawah tayar lori berkenaan.
“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan namun, mangsa berusia 50 tahun disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE