TIDAK terhenti dengan Aura yang mengembalikan trofi Vokal Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke-39, Ernie Zakri kini tampil dengan single terbaharunya, Nostalgia sebuah lagu cinta yang tenang dan menggembirakan.
Single ciptaan sepenuhnya Allan Andersn mesej kebahagiaan yang berkekalan, menggambarkan rasa syukur terhadap kebersamaan hingga ke penghujungnya, sama ada cinta antara pasangan, keluarga atau rakan,
“Lagu ini adalah mengenai kisah cinta yang bahagia dan kita juga boleh dedikasikan lagu ini kepada mereka yang kita sayangi seperti ibu bapa, adik-beradik, kawan-kawan, dan peminat saya,” katanya.
Berkongsi lanjut, Ernie berkata, proses rakaman lagu Nostalgia adalah pengalaman yang menyeronokkan buat dirinya, bekerjasama dengan penerbit muzik terkenal itu juga satu perkara yang cukup mengujakan.
Menurut Ernie, proses rakaman lagu Nostalgia yang bergenre pop, ‘citypop’ itu berjalan lancar meskipun jadualnya padat.
“Alan sangat kreatif, dan kami bekerja bersama-sama menghasilkan pelbagai alunan vokal dan harmoni. Prosesnya mudah dan normal, walaupun agak sibuk, kami tetap selesaikan dengan cepat,” katanya.
Menurut penyanyi lagu Masing Masing itu, apa yang membezakan lagu Nostalgia adalah bunyinya yang unik dengan sedikit sentuhan konsep retro. Lagu ini menampilkan gaya yang
mengingatkan kepada penyanyi Datuk Sheila Majid, dengan elemen moden dan sentuhan vintage.
Kelainan ini menjadikan lagu tersebut lebih istimewa dan pastinya sesuatu yang dinantikan peminat Ernie juga pencinta muzik tanah air.
“Lagu ini ada sentuhan retro, sedikit vintage yang berbeza daripada karya saya sebelum ini, dan itulah sebabnya lagu ini sangat istimewa buat saya dan para peminat,” tambahnya.
Single ini turut mencerminkan arah baru dalam projek-projek akan datang Ernie, sekali gus memberikan lapisan segar kepada album Aura miliknya.
Walaupun Ernie mempunyai banyak projek menarik yang akan datang, dia kini memberi tumpuan kepada promosi single terbaharunya, Nostalgia.
Peminat boleh menjangkakan lebih banyak projek dan kolaborasi yang mengujakan daripada penyanyi berbakat ini yang terus bereksperimen dengan bunyinya. Nostalgia Ernie menjanjikan imbauan semula kenangan terindah, menggabungkan lirik yang menyentuh hati dengan alur yang memikat.
Ciri yang menonjol adalah lima perubahan utamanya, yang meningkatkan sentuhan emosi lagu dan menyerlahkan julat vokal Ernie. Liriknya, seperti ‘Oh bulan, bisikan cintaku, takkan ku lepaskan dirimu’mengungkapkan tema rindu dan bakti.
Dengan susunan bernuansa klasik, lagu Nostalgia secara tidak langsung mencatat satu sentimen abadi dengan kecanggihan moden buat penyanyi yang sudah tersenarai antara Top 3 vokal ‘power house’ negara itu.
Nostalgia boleh didengari dalam semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 21st Februari 2025, muzik video juga akan ditayangkan secara eksklusif menerusi saluran YouTube rasmi Ernie Zakri sejak 26 Februari lalu.