KUALA LUMPUR – Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Aliff iaitu Datin Seri Shahida menegaskan dia bukan individu yang layak untuk mengulas mengenai khabar angin ibu mentuanya, Bonda Rozita Ibrahim sudah bernikah lagi.
Menurut Shahida, dia hanyalah menantu dan perkara tersebut sangat bersifat peribadi yang sepatutnya diulas oleh tuan badan atau ahli keluarga terdekat.
“Sebenarnya saya tidak mahu ulas mengenai hal ini kerana perkara tersebut merupakan hal peribadi.
“Saya tidak menidakkan atau mengiyakan, kalau boleh biar tuan badan sendiri (ibu mentua) yang membuka cerita.
“Sebenarnya saya bukan individu yang layak untuk bercerita soal ini kerana saya hanya sebagai menantu. Saya tidak boleh banyak bercakap kerana isu ini sangat sensitif,” katanya kepada Kosmo! Online majlis pelancaran lagu Raya Gen Z di sini, hari ini.
Shahida menambah, dia tumpang gembira sekiranya ibu mentuanya itu kembali bergelar seorang isteri.
“Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ibu bapa sebab sebagai anak kita hanya mahukan yang terbaik untuk mereka.
“Sudah tentu kita mahukan ibu bapa gembira dan bahagia.
“Jika perkara itu (perkahwinan) yang buatkan dia bahagia, Alhamdulillah dan memang bersyukur,” katanya lagi.
Dia bagaimanapun enggan mengulas mengenai perceraian Rozita sebelum ini.
Terdahulu, khabar angin tersebut tercetus apabila muncul kelibat seorang lelaki ketika Rozita membuat sesi siaran langsung dalam Instagram bagi mempromosikan produk jualannya.
Lelaki dalam video tersebut didakwa merupakan abang kepada pelakon wanita. Bagaimanapun, hantaran berkenaan sudah pun dipadamkan. – KOSMO! ONLINE