fbpx

Misteri poket kecil jeans terungkai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail poket kecil di hadapan seluar jean. - Foto Getty Images

WASHINGTON – Fungsi poket kecil pada bahagian hadapan seluar jeans adalah untuk menyimpan jam poket, lapor portal berita Daily Star.

Ia dijahit  di atas poket utama dan terdapat pada seluar jeans pertama yang dihasilkan pada 1873. 

Pelbagai ‘teori’ melucukan dikemukakan di media sosial tentang kegunaan poket kecil itu.

Ada netizen menyatakan bahawa kegunaannya adalah untuk menyimpan pemetik api, meletakkan batu atau ibu jari. 

Namun, ahli sejarah jeans Levi Strauss & Co, Tracey Panek akhirnya mendedahkan kepada portal berita Insider baru-baru ini bahawa poket kecil itu mempunyai kegunaan sangat khusus pada abad ke-19 iaitu menyimpan jam si pemakainya.

“Sepasang jeans tertua dalam Arkib Levi Strauss & Co. (dari 1879) adalah termasuk poket jam,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI