fbpx

Marquez ‘ketar lutut’ aksi pembukaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ akan turun memulakan kempen musim ini pada GP Thailand di Litar Antarabangsa Chang hujung minggu ini. - FARIZ RUSADIO

BURIRAM, Thailand – Pelumba Sepanyol, Marc Marquez mengakui dirinya lebih gementar berbanding tahun-tahun sebelum ini terutama memulakan aksi perlumbaan pembuka tirai MotoGP 2025 di Grand Prix (GP) Thailand hujung minggu ini.

Juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) enam kali tersebut akan membuat debut rasminya sebagai pelumba pasukan utama Ducati Lenovo selepas menjalani pramusim yang positif bersama jentera baharunya.

“Saya gembira dapat berlumba di Thailand. Kami tiba di sini selepas pramusim yang baik dan dengan asas yang kukuh. Kami telah bekerja keras bersama pasukan.

“Perlumbaan sememangnya berbeza. Anda perlu beri perhatian kepada setiap perincian tetapi saya tidak sabar untuk memulakan musim ini dan melakukan yang terbaik kerana ini pasti akan membantu untuk keseluruhan musim,” katanya.

Rakan sepasukan Marquez, Francesco Bagnaia mengakui bahawa persiapannya tidak berjalan sempurna tetapi tetap optimis untuk membuka musim dengan langkah kanan.

“Perlumbaan pertama musim ini sentiasa istimewa, berbeza sedikit rasanya. Saya datang ke sini selepas pramusim yang secara keseluruhannya positif, walaupun tidak sempurna.

“Namun, kami telah bekerja keras untuk mendapatkan kondisi terbaik bagi jentera serta membuat keputusan paling kukuh dalam hala tuju pembangunan.

“Bermula hari Jumaat, segalanya akan menjadi lebih serius di litar yang saya suka dan yang dalam beberapa tahun kebelakangan ini cukup sesuai dengan Ducati. Saya tidak sabar untuk berada dalam grid,” kata juara dunia dua kali itu.

GP Thailand bakal menjadi ujian pertama buat Marquez dalam membuktikan keupayaannya menyesuaikan diri dengan jentera terbaik Ducati serta mencabar kejuaraan pada musim 2025. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN