fbpx

KDN FC menuju pengakhiran duka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KDN FC menghuni tangga tercorot Liga Super selepas hanya mengutip tujuh mata daripada 20 perlawanan musim ini. - FB KUCHING CITY

BARISAN kejurulatihan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) seperti sudah kehabisan idea untuk menghalang kelab itu daripada berdepan risiko terus terkubur daripada kancah Liga Malaysia (Liga M).

Rentetan isu tunggakan gaji, KDN FC kini terpaksa ‘tangkap muat’ para pemain untuk mengharungi baki perlawanan selepas para pemain sebelum ini sudah muak dengan kemelut yang berlaku.

“Datang ke perlawanan dan fikir hanya untuk kembangkan karier masing-masing. Kita tidak ada paksaan mereka mesti datang dalam keadaan begini. Sebagai jurulatih adalah tanggungjawab besar untuk kita sediakan pasukan.

“Tidak ada tindakan yang kita ambil kepada mana-mana pemain (jika tidak datang ke perlawanan) sebab kita pun tidak tahu masalah mereka. Saya hanya sediakan pasukan untuk beraksi pada perlawanan tersebut saja.

“Biar pengurusan yang lebih bertanggungjawab untuk menerangkan. Kita cuma sesuaikan diri dengan keadaan sekarang dan berfikir untuk kembangkan karier masing-masing,” kata penolong ketua jurulatih Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Rezal Zambery Yahya.

Pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin, KDN FC tewas buat kali ke 17 apabila tunduk 0-3 kepada Kuching City.

Dalam masa sama, Rezal tetap berterima kasih kepada pihak pengurusan yang sentiasa proaktif dan berusaha untuk pulihkan keadaan semasa.

“Saya sebagai jurulatih pun memahami situasi dan berterima kasih kepada pengurusan yang sentiasa berusaha untuk pulihkan keadaan.Sebab itu daripada awal saya hargai pemain yang datang beraksi walaupun kita tidak lagi berlatih bersama.

“Apa yang penting sekarang jangan fikirkan untuk tahun ini, tetapi bagaimana kelangsungan pemain kerana keutamaan adalah masa depan mereka yang lebih baik,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI