fbpx

Kadar zakat fitrah Perlis RM9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Syed Faizuddin (tengah) dan Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen berkenan berangkat pada Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1446H dan Pelancaran Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis 1446H di Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis hari ini. Gambar MAIPs

KUALA PERLIS – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menetapkan kadar zakat fitrah di negeri itu bagi tahun ini sebanyak RM9.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, penetapan itu dibuat setelah diperkenankan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

“Kadar zakat fitrah negeri Perlis bagi tahun 1446H/2025 Masihi adalah sebanyak RM9.

“Bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, maka kadar pengeluaran ialah sebanyak satu gantang nabawi seorang bersamaan 2.6 kilogram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, setiap orang Islam yang berada di negeri ini adalah wajib mengeluarkan fitrah seperti ditetapkan itu bagi dirinya serta anak dan isterinya.

“Begitu juga bagi tanggungan-tanggungannya. Mereka hendaklah mengeluarkan fitrah itu kepada amil-amil yang dilantik dengan rasminya oleh pihak MAIPs,” ujarnya.

Tambahnya, sesiapa yang tidak memberi zakat fitrah atau ingkar memberi fitrah dengan sepenuhnya atau dalam mana-mana cara menghasut orang lain daripada membayar atau menerima fitrah bukan sebagai amil yang dilantik dengan rasmi oleh pihak MAIPs adalah menjadi kesalahan di bawah peraturan sedia ada.

Terdahulu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat pada Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1446H serta Pelancaran Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis 1446H serta Kempen Bukan Berwakaf dan Berinfak Perlis di Masjid Al-Hussain, di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Kadar zakat fitrah Perlis pada tahun lalu adalah RM7. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI