fbpx

Jakim panggil, siasat pencipta kandungan ajaran menyimpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sirajuddin (tengah) bergambar dengan murid-murid SK Menora sebagai simbolik pelancaran Kampung Menora sebagai Kampung Angkat Madani Jakim di Kuala Kangsar, hari ini.

KUALA KANGSAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memanggil beberapa individu atau pempengaruh untuk disiasat kerana disyaki mencipta atau menyampaikan kandungan yang menyimpang daripada ajaran Islam dalam media sosial.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, jabatan sedang berusaha untuk mengawal penyebaran kandungan maklumat yang tidak betul.

“Ya, mana yang kita dapat kenal pasti bahawa ia menyimpang jauh ataupun dikategori sebagai ajaran sesat, kita panggil untuk dapatkan maklumat terperinci,” katanya selepas melancarkan Kampung Angkat Madani Jakim di Kampung Menora di sini hari ini.

Tambahnya, mereka yang dipanggil untuk siasatan adalah ramai, tetapi beliau tidak dapat berkongsikan bilangan yang terbabit.

Mengenai gerakan ajaran sesat, Sirajuddin berkata, hal itu dalam pemantauan Jakim dan jabatan agama Islam negeri-negeri.

“Kita minta umat Islam berhati-hati dalam menerima apa jua ajaran atau ideologi oleh kumpulan-kumpulan yang bertemu dengan mereka,” katanya.

Sementara itu mengenai Kampung Menora diiktiraf sebagai Kampung Angkat Madani Jakim, beliau berkata usaha itu dibuat untuk memberi faedah kampung tersebut yang terletak lebih 15 kilometer pendalaman dari pusat bandar Kuala Kangsar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI