KUALA LUMPUR – Isteri usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura, Akiko Okumura meninggal dunia hari ini.
Berita mengenai kematian wanita itu dimaklumkan sendiri oleh Ridzuan melalui satu hantaran di Instagramnya tadi.
“Al-Fatihah buat arwah isteri saya Akiko Okumura telah pergi meninggalkan saya dan anak saya selamanya, al-Fatihah,” tulis hantaran itu.
Bagaimanapun, Ridzuan tidak memaklumkan apakah punca kematian isterinya itu.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengikut terkejut dengan berita duka tersebut berikutan pasangan tersebut ada membuat siaran langsung di TikTok malam tadi. – KOSMO! ONLINE