fbpx

Henti bahas soal titah adendum – Sultan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
1. AL-SULTAN ABDULLAH (tengah) diiringi Tengku Hassanal (kiri) dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kanan) bertitah pada Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, malam tadi.

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar semua pihak tidak berterusan membahaskan soal titah adendum.

Baginda menegaskan bahawa perkara itu kini berada di bawah proses undang-undang dan semua pihak perlu menghormatinya.

“Dalam soal titah adendum, bahawasanya perkara ini adalah berada dalam bidang kuasa pihak yang bertanggungjawab dan berintegriti.

“Oleh itu, semua pihak perlu menghormati proses serta undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan retorik,” titah baginda pada

Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini malam semalam yang turut dihadiri Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Menurut baginda semua pihak perlu berpegang teguh kepada nilai kejujuran, amanah, saling menghormati dan bersikap terbuka dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

Dalam pada itu baginda, bertitah agar semua pihak tidak mempolitikkan keberangkatan baginda ke Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat kerana ia boleh memberi gambaran tidak baik kepada institusi Diraja.

“Saya datang semata-mata untuk bermunajat, menyembah kepada Allah, berdoa supaya kita, negeri Pahang, rakyat Pahang akan sentiasa diberkati, sentiasa dilindungi dan sentiasa dirahmati Allah.

“Saya tidak pernah melibatkan diri dalam sebarang politik kepartian dari dahulu, kini dan akan datang. Tolonglah ingat ya, saya selaku Sultan mesti berkerjasama dengan kerajaan yang memerintah sekarang, kerajaan negeri Pahang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI