fbpx

EPL: Impian Arsenal semakin ranap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL terus tercicir mata dalam perebutan gelaran EPL selepas sekadar terikat menentang Forest awal pagi semalam. - AFP

NOTTINGHAM – Dua aksi tanpa kemenangan semakin hampir meranapkan peluang Arsenal untuk mencabar Liverpool bagi perebutan takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) pada saingan musim ini.

Terbaharu, The Gunners terus kempunan untuk mengutip tiga mata penuh apabila sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Nottingham Forest di City Ground awal pagi semalam.

Bagaimanapun, Pengurus Arsenal, Mikel Arteta masih belum mahu mengibar bendera putih dalam usaha mengejar Liverpool yang terus mengukuhkan cengkaman di persada liga menerusi perbezaan 13 mata.

“Pendekatan saya dalam setiap perlawanan tidak berubah, masih sama seperti dua atau tiga minggu yang lalu. Apa yang kami perlu buat adalah cuba memenangi perlawanan dan mendapatkan mata penting.

“Hari ini (semalam) tercicir dua lagi mata dan ia satu perkara yang menyakitkan. Ia bukanlah sesuatu yang bagus kerana kami datang ke sini dengan satu tujuan, iaitu membawa pulang tiga mata,” katanya.

Tambah pengendali dari Sepanyol itu, anak-anak buahnya mempamerkan dominasi sepanjang perlawanan tersebut, namun ia masih belum mencukupi kerana masih bergelut untuk menembusi benteng pertahanan lawan.

“Secara keseluruhan, kami mendominasi permainan dan sudah mencuba pelbagai cara tetapi masih ada kekurangan. Kami bergelut untuk memecahkan benteng pertahanan mereka bagi mendapatkan peluang menjaringkan gol,” ujar Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI