fbpx

‘Arwah Jojo sahabat susah senang, dia banyak ajar saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SABHI menyifatkan Allhayarham Jojo sebagai sahabat terbaik yang sentiasa ada bersamanya di saat susah dan senang.

SHAH ALAM – Terkesan dengan pemergian rakan baik iaitu Allahyarham Jojo, penyanyi Sabhi Saddi terkilan apabila tidak dapat bertemu arwah buat kali terakhir.

Bagaimanapun, Sabhi, 40, bersyukur sahabatnya meninggal dunia pada malam Israk Mikraj yang juga malam penuh keampunan.

“Sampai hari ini saya masih terasa terkilan. Kali terakhir saya buat panggilan video dengannya adalah pada November lalu, saya janji mahu berjumpa tetapi tak sempat.

“Rasa terkilan dan menyesal sangat apabila pada saat akhir dia pun saya tidak dapat hantar dia tanah kubur.

“Apa pun Alhamdulillah, syukur pemergian Allahyarham pada malam penuh barakah iaitu Israk Mikraj. Pemergian yang sangat baik dan kalau boleh semua orang nak macam dia,” katanya kepada Kosmo! Online.

Berkongsi lanjut, pelantun lagu Cinta Sesungguhnya itu mengimbau kembali kenangan bersama arwah sehingga mengalirkan air mata mengingati kebaikan bekas ahli kumpulan One Nation Emcees itu.

“Saya banyak kenangan dengan dia. Dulu saya pindah dari Sandakan ke Kota Kinabalu, dia jumpa saya dan ajar semua benda. Kami berjalan dari bandar Kota Kinabalu ke rumahnya dalam lima kilometer dan sepanjang perjalanan dia ajar saya menari.

“Kebaikan arwah, kami sama-sama tiada duit tetapi setiap kali bangun, dia akan tinggalkan wang untuk saya ke bandar.

“Dia antara sahabat saya paling sayang, bila kehilangan banyak momen kami berdua daripada orang tidak kenal saya sampai tahu nama saya.

“Saya takkan lupa kebaikan arwah, ini contoh sahabat yang tidak akan dapat di mana-mana sanggup susah senang bersama,” jelasnya semasa sidag media Selangor Havoc Raya Fest di Setia City Convention Centre, semalam.

Dalam masa sama, Sabhi menyatakan tidak sempat menatap arwah buat kali terakhir memandangkan rakan jemaah Allahyarham Jojo mahu kebumikan pada malam Israk Mikraj.

“Masa kakak saya maklumkan Jojo meninggal, saya sedang berniaga di Singapura.

“Sebaik tahu, saya terus balik ke Kuala Lumpur tetapi tak sempat sebab saya sampai pukul 9 malam. Ingat dapat tengok dia sebab isteri arwah pun dari Taiping.

“Tetapi atas permintaan jemaah yang mahu arwah kebumi pada malam Israk Mikraj juga saya terlepas,” ujarnya.

Pada 26 Januari lalu, pemilik nama lengkap Nur Hasan Balas meninggal dunia selepas rebah di masjid dipercayai akibat serangan jantung.

Difahamkan, Jojo meninggal dunia ketika menyertai majlis Ijtimak Qudamak Seri Petaling di Masjid Sri Petaling – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN