PETALING JAYA – Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan memotong rambut di sebuah kedai gunting.
Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Anwar dilihat sedang memotong rambut bersama seorang tukang gunting.
Menurut Anwar, tindakan memotong rambut itu sebagai persiapaan kecil untuk menghadapi bulan Ramadan.
“Satu persiapan kecil untuk bulan yang besar.
“Semoga bulan Ramadan kali ini menjadi madrasah yang terbaik kepada setiap jiwa kaum Muslimin. Ramadan Mubarak,”tulisnya.
Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menerusi satu pengumuman secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini memaklumkan bahawa umat Islam di negara ini akan mula berpuasa pada Ahad, 2 Mac.
Jelas Syed Danial, penetapan tarikh tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-Raja berdasarkan Rukyah dan Hisab.-KOSMO! ONLINE