fbpx

Acara teka warna baju Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kini bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar Syed Danial memakai baju Melayu dalam pengumuman puasa pada tahun-tahun sebelum ini dikongsi semula oleh pengguna media sosial.

PETALING JAYA – Warna baju Melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad kembali menjadi teka-teki buat seluruh umat Islam yang menantikan pengumuman bulan Ramadan.

Seperti satu ‘acara’ wajib setiap tahun, kali ini juga orang ramai meneka warna baju yang bakal dipakai beliau bagi mengisytiharkan tarikh permulaan puasa.

Beberapa keping gambar Syed Danial dari tahun-tahun sebelum ini memakai baju Melayu turut disusun dalam bentuk kolaj untuk membuat tekaan yang paling hampir.

Lebih melucukan, orang ramai juga bertanyakan kepada aplikasi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Chat Ge­nerative Pre-trained Transformer (ChatGPT) untuk meneka secara tepat.

Rata-rata ramai yang meneka Syed Danial bakal memakai baju Melayu berwarna hitam ekoran tidak pernah dipakai lagi pada tahun-tahun sebelum ini.

“Aku teka hitam. Sebab tengok trend warna dia tak pernah pakai warna hitam lagi,” kata Bidin.

Ada juga pengguna yang berkata berdasarkan trend baju Melayu Syed Danial, beliau dilihat tidak suka memakai baju Melayu berwarna gelap.

“Tengok macam dia tak suka baju berwarna gelap. Mungkin kuning pastel,” komen Azizah.

“Saya pun teka kuning muda untuk tahun ni,” komen Azim.

“Kuning lah saya rasa. Hitam macam berkabung je,” komen Feeza.

Terdahulu, tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ditetapkan pada petang 28 Februari bersamaan 29 Syaaban 1446 hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dalam satu kenyataan berkata, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh awal Ramadan yang ditetapkan melalui radio dan televisyen,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI