fbpx

180 usahawan ‘berkampung’ di Festival Raya Selangor Havoc

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Najwan bergambar bersama pihak pengurusan Havoc Event&Management Sdn Bhd semasa majlis pelancaran festival itu semalam.

SHAH ALAM – Buat julung kali, Kerajaan Selangor akan menganjurkan festival raya 108 jam tanpa henti di Pusat Konvensyen Setia City bermula 21 hingga 25 Mac depan.

Penganjuran Festival Raya Selangor Havoc 2025 dengan kerjasama Havoc Event&Management Sdn. Bhd. menampilkan 180 vendor menjual pelbagai persiapan Aidilfitri.

Exco Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, penganjuran festival yang disertai jenama terkemuka itu bertujuan memudahkan orang ramai membuat persiapan Aidilfitri.

“Selangor turut membawa usahawan-usahawan Selangor yang sedang meningkat naik supaya mereka memanfaatkan festival ini sebagai platform memperkenal produk masing-masing.

“Kita berharap penganjuran program ini memberi sokongan kepada ekosistem keusahawanan Selangor sekali gus menyumbang kepada sektor pelancongan negeri,” katanya pada majlis pelancaran semalam.

Sepanjang lima hari penganjuran, festival ini akan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian, sesi selawat dan qasidah, serta buat julung kalinya, program qiamullail sebelum sahur.

Turut diadakan pemberian wang tunai sebanyak RM10,000 kepada pengunjung terawal sebagai tanda penghargaan pada hari pertama.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management, Datuk Firdaus Nadxaman berkata,  festival tahun ini bukan sahaja bertujuan mengangkat industri perniagaan tempatan, malah turut membawa elemen spiritual dan kebersamaan kepada pengunjung.

“Kami mahu memberikan pengalaman baharu kepada pengunjung dengan menampilkan bukan sahaja sesi hiburan dan jualan raya, tetapi juga nilai tambah dari segi kerohanian.

“Ini adalah usaha kami untuk menyatukan elemen duniawi dan ukhrawi dalam satu acara yang komprehensif,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI