fbpx

[VIDEO] Zalzur Kamar didakwa bunuh peniaga COD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH yang memakai baju T dan kain pelekat dibawa ke Mahkamah Majistret, Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh peniaga makanan wanita yang mayatnya ditemui di tepi Sungai Kuantan berhampiran jambatan Tanjung Lumpur, 13 Februari lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Zalzul Kamar Abdul Ghani, 53, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah membunuh Norshamira Zainal, 37, di kawasan jeti Sungai Kuantan, belakang Restoran Golden Empire Palace, Jalan Padang Lalang di sini antara pukul 7.30 malam sehingga pukul 8.30 malam pada 12 Februari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebatan minimum 12 kali, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang, Shahrizat Ismail dan Timbalan Pendakwa Raya Pahang, B. Deevagaran Nandu manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 April ini bagi sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI