fbpx

Zakat fitrah di Perak ditetapkan RM10, RM16 dan RM27 tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (dua dari kiri) melakukan gimik pelancaran aplikasi MAIPk Bestari di Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Kadar zakat fitrah di Perak bagi tahun 1446 Hijrah dan 2025 Masihi ditetapkan pada kadar RM10 bagi umat Islam yang menggunakan beras Madani.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, kadar itu juga termasuklah bagi mereka yang menggunakan beras super special tempatan dan beras putih super import.

Sementara itu, beliau berkata, RM16 pula bagi beras pilihan kedua untuk pengguna beras rebusan, beras perang dan beras wangi.

“RM27 bagi beras pilihan ketiga untuk pengguna beras basmathi dan beras pulut,” katanya pada Majlis Pengumuman Kadar Zakat Fitrah Tahun 1446H/2025M Negeri Perak di sini hari ini.

Beliau berkata, bayaran zakat fitrah itu adalah berasaskan makanan ruji di negeri ini bersamaan kepada satu gantang Baghdad beras.

Zamri berkata, sesuai dengan peredaran masa, bayaran zakat fitrah dibolehkan dengan menggunakan wang tunai yang sama nilainya satu gantang beras.

“Jawatankuasa Fatwa kali ke-236 pada 13 Disember 2024 telah mengangkat sembah perakuan kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 1446 Hijrah bersamaan 2025 Masihi, untuk mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

“Titah perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah dibentangkan dan diterima oleh Persidangan Majlis pada pagi ini,” katanya.

Pada majlis tersebut juga, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyempurnakan Majlis Peluncuran Aplikasi MAIPk Bestari iaitu aplikasi kutipan zakat fitrah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI