PETALING JAYA – Sepasang suami isteri berdepan pengalaman seram apabila mereka dikatakan diganggu syaitan yang menjelmakan diri sebagai pocong selepas dua hari tinggal di rumah baharu mereka.
Kejadian seram itu dikongsi akaun TikTok Pusat Rawatan Islam Ar-Syifa berhubung pasangan suami isteri berkenaan yang juga pesakit mereka.
“Rumah baru dapat kunci, sempat duduk dua hari saja. Hari pertama duduk rumah, dia nampak pocong muka hitam dekat kawasan dapur.
“Dekat 20 saat pocong tu tenung dia dan dia tenung pocong tu. Sekelip mata hilang daripada pandangan. Dia menjerit histeria, suami tenangkan dekat sejam baru okay,” menurut hantaran video berkenaan.
Seterusnya, si isteri turut diganggu sewaktu tidur apabila kakinya ditarik oleh makhluk tersebut.
“Tak habis kat situ, hari kedua masa tidur malam, kaki dia kena tarik disentap kuat. Dia bangun sebab terkejut.
“Alih-alih tengok bawah, dia terpana ada pocong semalam dekat bawah katil.
“Dalam keadaan panik, tertendang suami sekuat hati. Masa tu, suami sendiri nampak pocong tu dan menjerit macam orang perempuan. Buka lampu, hilang,” katanya.
Dalam pada itu, kedua-dua pasangan tersebut kembali hidup seperti biasa selepas gangguan berkenaan berjaya diatasi.
“Lepas rawat rumah, rawat dia dan suami baru okay. Sekarang dah tiga bulan, alhamdulillah. Dah tak diganggu, syukur ya Allah,” menurut hantaran itu. – KOSMO! ONLINE
@hasnanrili rumah baru dapat kunci ada gangguan jin pocong #rumahbaru #gangguanjin #hantupocong ♬ original sound – 🎧𝕾𝖚𝖍𝖆𝖑𝖎𝕬𝖐𝖗𝖆𝖒🎧 – 🎧𝓢𝓾𝓱𝓪𝓵𝓲𝓐𝓴𝓻𝓪𝓶🎧