PETALING JAYA – Seorang lelaki tekad terjun ke dalam sungai dan segera menutup badan seorang wanita menggunakan baju hujan selepas mangsa tercampak dari ketinggian 35 meter setelah terbabit kemalangan di Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (Dash) di sini kelmarin. Dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, mangsa yang berusia 30 tahun dan menunggang motosikal jenis Honda Vario disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Lelaki berkenaan yang juga saksi kejadian, Amran Amatsudin, 37, berkata, motosikal yang ditunggang mangsa terbabas ketika melalui selekoh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

