fbpx

Polis ambil keterangan ibu bapa Hud Aryan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga mengangkat mayat Hud Aryan yang dijumpai di Sungai Kerilla, Tanah Merah.FOTO IHSAN KELUARGA

KOTA BHARU – Polis akan mengambil keterangan ibu dan bapa kepada Hud Aryan Mohd. Nor Hafifi untuk membantu siasatan berkaitan kes kanak-kanak itu yang ditemukan lemas di celah pokok di Sungai Kerilla, Tanah Merah dekat sini semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan yang dijalankan hari ini untuk melihat sama ada berlaku kecuaian atau sebaliknya dalam kes berkenaan.

“Saya telah arahkan Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah untuk merakam keterangan kedua-dua ibu bapa mangsa.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan malam tadi mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa,”katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI