fbpx

Pertuduhan curi kabel pelantar minyak tangguh, tertuduh tak faham bahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh lelaki Indonesia dihadapkan atas pertuduhan mencuri di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Tujuh lelaki warga Indonesia dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri kabel elektronik dan bateri solar di sebuah pelantar minyak tidak berpenghuni di perairan Kuala Terengganu dekat sini pada minggu lalu.

Pertuduhan terhadap kesemua tertuduh berusia 25 hingga 45 tahun tersebut dibacakan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak.

Mereka berhadapan pertuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pendakwaan berkenaan tidak dapat dijalankan kerana semua lelaki Indonesia itu tidak memahami bahasa Melayu.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 28 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan juru bahasa.

Kesemua tertuduh juga tidak ditawarkan jaminan memandangkan mereka merupakan warga negara asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Kosmo! 23 Februari lalu melaporkan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan kegiatan menceroboh pelantar minyak untuk mencuri kabel elektronik dan bateri solar yang didalangi sindiket antarabangsa di perairan Kuala Terengganu dekat sini.

Pencerobohan pelantar minyak untuk mencuri kabel elektronik dan bateri solar tersebut merupakan kali keempat dilaporkan di perairan Terengganu sejak awal tahun ini melibatkan kerugian lebih jutaan ringgit ekoran gangguan operasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI