fbpx

Percepat projek tanam padi 5 musim 2 tahun – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) bersama tetamu pada Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Infrastruktur bagi Menyokong Penanaman Padi Lima Musim dalam Tempoh Dua Tahun di Kawasan Muda Fasa 1 di Pida 4, Ayer Hitam di Jerlun hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

JERLUN – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Projek Pembangunan Infrastruktur bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim dalam Tempoh Dua Tahun diberi keutamaan dan disegerakan sebagai antara usaha membela nasib pesawah.

Perdana Menteri berkata, perkara itu penting memandangkan projek tersebut berkait rapat dengan kehidupan serta pendapatan pesawah.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri diminta agar mempercepatkan proses pengambilan tanah bagi projek berkenaan.

“Saya beritahu semua jabatan dan agensi termasuk MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) supaya anggap ini sebagai projek utama dengan laporan setiap bulan perlu ikut jadual. Kalau boleh percepatkan kerana kita tak boleh nak bertolak ansur.

“Kalau tidak orang ‘lemas’ dengar tentang perkara ini. Benda dah umum tetapi tak ‘jalan’ lagi dan apabila projek ‘berjalan’ pula, buat sambil lewa.

“Kita sedang bercakap tentang masalah pesawah dan ini amat berkaitan dengan masalah hidup mereka dalam mencari makan. Melambatkan projek ini bermakna membebankan orang,” katanya ketika meluncurkan fasa satu projek tersebut di Pida 4, Ayer Hitam, di sini hari ini.

Projek fasa satu dilancarkan Perdana Menteri itu menelan belanja RM1 bilion dengan tumpuan utama untuk pembangunan dan penyelenggaraan 15 blok sistem pengairan tersier dan pembangunan projek pemulihan menyeluruh Empangan Pedu.

Secara keseluruhannya, projek berkenaan menelan belanja RM5.376 bilion dengan pelaksanaannya dibuat secara berfasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI