fbpx

Penganggur ‘aktif’ pecah rumah di Ulu Bernam dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

HULU SELANGOR – Seorang penganggur ditahan polis kerana disyaki terlibat kes pecah rumah di kawasan Ulu Bernam, disini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, tangkapan dibuat ke atas suspek berusia 30-an pada pukul 9.28 pagi.

Katanya, serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di beberapa lokasi berbeza sekitar kawasan Ulu Bernam.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan dua utas jam tangan. Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah lampau, manakala ujian air kencingnya positif syabu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu untuk reman hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI