fbpx

Pangkalan haram tutup, penyeludup buat kerja ikut jalan laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan muara Kuala Besar, Kota Bharu. FOTO TOREK SULONG

KOTA BHARU – Kawalan ketat di kawasan pangkalan haram di Sungai Golok dekat sini sejak 1 Disember lalu menyebabkan sindiket penyeludupan terpaksa mengubah taktik untuk menjalankan kegiatan mereka dengan memilih jalan laut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, laluan laut melalui Kuala Besar di sini dikesan menjadi lokasi baharu kepada kegiatan tersebut.

“Selain itu, kawasan laut di Pengkalan Kubor, Tumpat termasuk dua lokasi di Pasir Puteh iaitu Semerak dan Tok Bali turut menjadi laluan pilihan sindiket. Sebelum ini, kegiatan itu lebih tertumpu di Sungai Golok, namun sejak kawalan ketat, mereka ubah lokasi.

“Semua maklumat itu diperoleh hasil risikan dan tangkapan yang dilakukan oleh polis. Terbaharu, Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba masuk ke negara ini melalui jalan laut,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI